Friday, September 3, 2010

aku yg sendiri..




Berjejak di bumi pinjam
Sekejap untuk seketika
Selalu yang aku fikir
Tidak biasa pada yang biasa dimata
Sekali mahu mencuba

Kecundang untuk yang pertama
Pasti ada yang kedua
Kali ini tidak salah lagi
Sungguh dia kucari
Semua elok dimata
Indah dari yang terindah
Cantik dalam kelompok mereka

Senget sebelah menunjuk bahagia
Hati sebilah parang
Tumpul terkena biasan
Tepat jatuh ke dasar pilihan

Berulang ku katakan
Nyata dia
Bisa mengubah yang dulu
Debu-debu lihatnya suci
Labuh suai senarai
Manis-manis sebenarnya termanis

Ceritera bertukar cerita
Bukan sendiri mengguna madah
Jadi bualan seisi dunia
Harus berjarak menutup wadah
Hanya gelombang sambung istana
Berapi-api mahu bahagia
Ketawa gelak jadi drama

Waktu sentak menyentak
Tersusun menjadi berantak
Mahligai hidup aku yang simpan
Biar dia gamam membisu
Kaku terpaku di sisi tuju
Melihat yang bakal berlaku
Tapi semua ku anggap tidak bermutu
Maksudku bukan aku
Dia yang fikir begitu
Dia tahu aku tahu dia tahu

Siapa aku di tempatnya?
Terlalu jelas sikapnya
Aku cepat terasa
Yang ku fikir
Diriku tiada nilainya
Mungkin, Tiada aset mahu disisinya
Aku insan biasa
Sama seperti yang lain
Kurang wajib ada
Semua pun begitu
Tidak berjanji aku sempurna
Yakin boleh memenuh

Ahh.. Terlupa pada sesuatu
Rupanya semua sama
Situasi yang berbeza
Tiada yang tidak tahu
Aku anak dagang
Bercerucuk dengan kayu
Rapuh dalam sedekad tahun
Lewah sekali lagi
Bumi yang ku pinjam
Ya.. Bumi yang dipinjam
Hanya meminjam
Sebentar lagi ku pulangkan
Disitu letak lemah dudukku
Siapa mahu orang begitu?
Yang mengandungkan lebih peratusannya
Biar aku ambil yang sisa

Sebenarnya
Serpihan tidak cukup
perlu banyak lagi
Barangkali semua sekali
Semua dari lantai Sampai ke dinding langit
Setiap penjuru
Jangan ada ruang yang tidak direbuti
Itu semua baru ku jangka mencukupi
untuk memiliki

siapa mahu buang semua
aku pun begitu
biarlah ada timbang tara
aku mahu dia
semua sudah ku atur
aku mengaku sedih untuk tiada
aku sudah berusaha
Tuhan saja yang melaras rasa dia
Aku tidak mampu apa
Biarlah berdoa sahaja
Aku berdarah seberang
Tiada yang suka di persepsi dia
Sakti ku perlu menanggung sakit
Sakit yang dalam sekali

Dia yang ku tahu
Yang ku mahu
Apakan kuasaku hanya terapung
Kurang mampu memenuh penglihatannya
Tidak menyesal jadi begini
Itu bukan diskriminasi
Hanya dia yang tidak sanggup
Padanya mungkin risiko
Biar dia mengerti
Biar dia merasa
Cintaku seratus hati
Hanya untuk dia
Belum ada yang pernah kuberikan sepenuhnya
Gembiralah kerana telah merebut jiwaku
Kuharap jangan kau simpati
Cukuplah sekadar kau membenarkan semua yang kuhalusi

No comments:

Post a Comment